Tuesday, July 6, 2010

ANGKARA CEMBURU

Maisarah seorang pelajar tingkatan 4 yang pintar di sebuah sekolah arab di Johor. Dia memang cilik dalam akademik dan sukan . Boleh dikatakan hampir kesemua ujian and peperiksaan dia mencatat full marks . Al-maklumlah, bila sudah menjadi orang cerdik macam ni, ramailah yang suka nak berkawan . And dalam masa yang sama, ramai jugalah yang menyimpan perasaan iri hati atas kejayaan dia .


Ain merupakan teman akrab Maisarah . Most of the time at school they spend together . Mereka berkongsi pelbagai minat yg sama and especially membaca . Pergi library bersama, pergi toilet bersama and seumpama dengannya . Dalam pelajaran juga, mereka bersaing untuk mencatat kecemerlangan .


Mid year exam untuk Form 4 dah nak dekat . Diaorang pun berlumba-lumba belajar untuk mencapai tempat pertama dalam kelas . Maisarah dan Ain memang gemar buat study group after prep class di asrama diaorang . Kadang-kadang sampai pukul 3 pagi diaorang study . Memang bersemangat utk berjaya.


Ringgggggg!!!!! Loceng berbunyi menandakan waktu exam tamat . Diaorang nampak happy dengan prestasi masing-masing dalam exam yg baru sahaja berlalu . Namun , majoriti student dalam class itu amat tidak berpuas hati coz diaorang rasa soalan yang keluar agak sukar .


Hari ini hari pengambilan rekod pelajar . Makcik Zainab and Pakcik Samad , ibu and ayah Maisarah datang pada hari terbuka berkenaan . And seperti biasa juga, Maisarah still mendapat kedudukan pertama dan paling membanggakan , kesemua 17 subjek yang dia ambil memperolehi 100% markah manakala teman rapatnya, Ain mendapat tempat kedua dengan kesemua subjek rata-rata 80% markah. Ain mengucapkan tahniah kepada Maisarah coz berjaya mendapat 100% dalam semua subjek dan Maisarah pula menasihati Ain agar tidak berputus asa untuk beat her next time.


Pada 15 Jun, mid semester school break pun bermula. Semua pelajar pulang ke kampung halaman masing-masing . Selang 3 minggu kemudian, sekolah pun start semula . All of the students berjumpa kembali setelah rehat hampir sebulan . Class pun berjalan semula seperti biasa . Teman Maisarah , Ain telah berpindah sekolah ke sekolah di sebuah pekan kecil kira-kira 30km dari bandar Batu Pahat .


Maisarah kelihatan bermuram durja . Semua classmates dia pelik dengan perubahan mendadaknya coz sebelum ini, dia seorang yang amat ceria . Ada yang meneka yang Maisarah menjadi seperti itu maybe sebab perpindahan rakan karibnya, Ain .Cikgu subjek Nahu dan Sorof , Ustazah Latipah masuk ke dalam kelas untuk memulakan sesi P& P seperti biasa . Baru class nak start, semua dikejutkan dengan jeritan Maisarah . Suaranya sangat kuat and sangat mengerunkan coz ramai mengatakan yang suaranya seperti gabungan suara lelaki and perempuan . Kesemua kerusi and meja di sekelilingnya ditendang and di baling-baling . Kudratnya amat mengejutkan .


Lalu dia pun berlari ke arah pagar sekolah . Semua yg menghalangnya dirempuh dengan mudah . Ustaz Isa yg sedang mengajar kelas bersebelahan meluru ke tempat kejadian setelah mendengar jeritan yang pelik . Beliau dengan segera menjerit meminta kesemua pelajar lelaki yang melihat kejadian itu untuk menutup pintu pagar besi dengan pantas supaya Maisarah tidak keluar .


ARRRRGGGGGGGGGGGGHHHHHH …..!!!!!!!

Maisarah meraung lagi setelah pelajar-pelajar lelaki memegang dengan erat walaupun dia meronta-ronta dan menyentap pegangan yang menyentuhnya . Ustaz dengan cepat membaca surah-surah yang boleh menghalau gangguan jin yang sedang mengganggu .


Linda, pelajar yang agak tomboyish terpinga-pinga di luar pintu pagar ."Aiks, apesal dah tutup pintu pagar ni . Aku datang lewat sangat ker ? Belum kul 8 lagi .." keluh Linda keseorangan . Linda merupakan antara pelajar di maahad itu yang gemar membantu sesiapa yang memerlukan . Dari jauh Linda mengomel sendirian lagi“ Eh, apesal dorang ni berkumpul kat situ arr? " .


Dia yang lasak terus melompat melintasi pagar yang berkunci lalu meluru ke tempat kejadian . Dia menyedari yang rakan sekelasnya, Maisarah dirasuk makhluk halus dan sedang meracau-racau tanpa sedar . Dengan pantas Linda meminta permission Ustaz untuk mengurus masalah itu kerana dia pernah belajar ilmu perubatan Islam dari bapanya. Dia meminta sebuah al-Quran dari Ustaz Isa .


Al-Quran yang di ambil dari Ustaz Isa di letakkan seinci dari belakang tubuh Maisarah . Dalam kiraan 10 saat , Maisarah menghembuskan nafas yang terakhir di pagi itu juga kerana hasil dari kemuliaan al-Quran , syaitan yang berada di dalam tubuh Maisarah telah maut bersama-sama roh Maisarah . Semua yang mengenali Maisarah menangisi pemergian dia buat selama-lamanya .


Petang itu, ibu bapa Maisarah datang untuk menjemput jasad arwah setelah di panggil pihak sekolah . Saat Makcik Zainab menangis teresak –esak, Linda mengambil peluang ni dengan merapati sambil menenangkannya . Dia kemudian bertanya kepada Makcik Zainab tentang Maisarah .


Makcik Zainab mengatakan yang sebelum ini pun Maisarah pernah diganggu beberapa kali tetapi telah pun sembuh . Menurut Ustaz yang mengubati Maisarah sebelum ini, Maisarah telah dihantar makhlus halus oleh seseorang yang rapat dengannya . Ini disebabkan kepandaiannya dalam akademik dan serba-serbi mengundang rasa cemburu rakan-rakan sekelas . "Jadi, tidak mustahillah Maisarah kerap bertukar sekolah akibat kerap diganggu.." , ujar Pakcik Samad .Linda pun berfikir keseorangan tentang dalang yang menyebabkan kematian Maisarah .


2 minggu selepas itu, setelah pulang dari kelas pada jam 6 petang, Linda terlihat kelibat sebuah lembaga yang menyerupai Maisarah sayup-sayup melambai-lambaikan tangan ke arahnya . Linda dengan cepat beredar dan pulang ke dormnya ..

6 comments:

  1. what's gonna happen next?

    ReplyDelete
  2. apa jadi? cam tergantung je... :)

    ReplyDelete
  3. tukang citer tu x sanggup nk teruskan citer ni .. ehehe tu la nmpk cam tergantung ... tp if saudari berdua nk tau gak, nk urges the storyteller tu .. ok? ngee

    ReplyDelete
  4. ala.. smbung la. =)

    ReplyDelete
  5. dh ade sambungan la dear...

    ReplyDelete