Sunday, June 17, 2012

KISAHNYA.....

SEORANG kaya bersiar-siar dalam sebuah kampung lalu terserempak dengan sekeluarga miskin yang sedang makan rumput.
Orang kaya: Kenapa kau makan rumput?
Orang miskin:Aku makan rumput kerana aku terlalu lapar
Orang kaya:Sedap ke makan rumput ni?
Orang miskin:Setelah tak makan seminggu, rumput inilah makanan paling sedap
Orang kaya:Apa kata kalau kamu ikut aku ke rumahku. Aku belanja kamu makan besar.
Orang miskin:Betul ke ni orang kaya? Boleh ke aku bawa keluarga aku bersama?
Orang kaya:Boleh. Lagi ramai lagi bagus !
Orang miskin:Terima kasih wahai orang kaya. Tapi makanan cukup ken untuk kami sekeluarga yang ramai ni?
Orang kaya:Gerenti cukup ! Rumput lalang kat rumah aku tu lebih dua meter tingginya !!!

Sumber: MASTIKA

EURO 2012 POLAND-UKRAINE

Keputusan 
Ukraine 0 Perancis 2
Sweden 2 England 3

Kedudukan 
Kumpulan A
1-Rusia
2-Republik Czech
3-Poland
4-Greece

Kumpulan B
1-Jerman
2-Portugal
3-Denmark
4-Belanda

Kumpulan C
1-Sepanyol
2-Croatia
3-Denmark
4-Belanda

Kumpulan D
1-Perancis
2-England
3-Ukraine
4-Sweden

Jadual
ESOK(18 Jun 2012)
Kumpulan B
PORTUGAL lwn BELANDA
                   (2.45 pagi)
DENMARK lwn JERMAN
                   (2.45 pagi)


Wednesday, June 13, 2012

Nenek gayung dan tikar pandan

Pada tengahari yang suram ni, saya ingin menceritakan satu kisah seram yang sering menjadi buah mulut penduduk di negara jiran kita, Indonesia. Cerita ini sering disampaikan antara satu sama lain dan sehingga ke hari ini misteri tersebut belum terungkai.

Kisahnye begini.
Shariff merupakan seorang pekerja di sebuah kilang yang terletak di daerah Cihampelas, kepulauan Jawa. Dia baru sahaja berpindah dari sebuah perkampungan di daerah Pontianak, Kalimantan sejak awal bulan lalu kerana mendapat tawaran bekerja di sebuah kilang elektronik di situ. Pada awalnya, ibubapanya seakan-akan tidak bersetuju dengan niatnya untuk berhijrah ke sana kerana maklumlah Shariff anak tunggal mereka.
Tanpanya mereka akan kesunyian. Tambahan lagi ibubapa Shariff sudah agak tua dan uzur.

Terdetik di hati Shariff untuk membatalkan hasratnya untuk berhijrah ke Pulau Jawa. Walaubagaimanapun, hati Shariff seakan-akan memberontak untuk bekerja di suatu tempat yg jauh dari pandangan ibubapanya kerana ingin merasakan kebebasan yang mutlak. Dia tidak ingin dilihat sebagai anak manja. Kerana dia juga sering diejek oleh rakan sekuliahnya sebagai 'anak mak' kerana walaupun telah mencapai usia 22 tahun, dia masih tinggal bersama ibubapanya. Kalau diikutkan hati mudanya, dia akan terus keluar dari rumah ibubapa nya kerana tertekan akibat kata-kata rakan-rakannye. Walaubagaimanapun,dia terpaksa terus menetap di situ kerana menganggap ibubapanya adalah 'sumber wang' baginya.
..............................................................................................................................

Detiknya sudah tiba. Shariff melangkah keluar dari rumah sambil ditemani tangisan ibubapanya. Dengan tidak memandang ke belakang, Shariff terus menuju ke tempat menunggu teksi. Lalu bermulalah perjalanannya ke Jakarta dengan menaiki kapal terbang.
.........................................................................................................................................

7 hari di Cihampelas, Shariff merasa sangat bahagia kerana ketiadaan bayang ibubapanya. Tiada lagi kata-kata nasihat yang menjengkelkannya. Terasa dunia amat indah sekali. Begitulah sikap seorang anak yang tidak mengenang budi.

Progres kerjanya di kilang Panasonic itu amat berjalan dengan lancar. Dia sentiasa mendapat pujian supervisornya berkaitan mutu kerjanya dan kerajinannya membuat 'over-time'. Dia terasa gembira kerana niatnya untuk berhijrah ke Jawa sememangnya berbaloi.

Selang 7 bulan dari tarikh Shariff memulakan pekerjaannya di kilang itu, dia telah berjaya mengumpul sebanyak 7000,000 rupiah. Baginya, segala duit itu adalah hasil titik peluhnya sendiri dan tidak perlu dikongsi dengan sesiapa, termasuklah ibubapanya. Baginya, ibubapanya telah cukup makan dan minum adalah satu perkara yang sudah cukup baik. "Orang tua gak usah deh punya uwang yg lebih..."  Shariff bermonolog.

Begitulah kehidupan Shariff berbulan-bulan di kota yang jauh dari kampungnya sehinggalah pada satu malam...
Supervisornya meminta Shariff untuk menghantar salah seorang pekerja yang tercedera ke hospital.
"Shariff, bisa gak kamu nolongin saya? hantarkan karyawan ini ke rumah sakit di jalan telipok 5."
"Bisa pak. gak ada masalah.."
Shariff menjawab walaupun hatinya tidak rela.
"Waduhhhh... bikin masalah segala.. sepeda motorku yang baru saja dibeli, sudah ada yang mau tumpangin"
Shariff terus mengomel dalam lubuk hatinya.
.....................................................................................................

"Pak doktor, kalau gak ada apa-apa, badingan saya pulang terus aja ya.." ujar Shariff. Doktor membalas "iya.iya.. silakan. oleh kerana pesakit diperlukan untuk x-ray, rumah sakit akan menghantar pesakit terus ke rumah sejurus selesai semuanya.. terima kasih pak Shariff".

"Hehehe... selamat. Badingan aku pulang aja terus ke kilang" kata Shariff kegembiraan. Tanpa membuang masa, dia menghidupkan enjin motosikalnya dan terus menuju ke kilang. Vrooomm vroooomm

Dalam perjalanan pulang dari hospital ke kilang, dia akan terpaksa melalui satu hutan yang agak tebal.
Dengan tidak semena-mena satu hembusan angin yang agak kuat meniup ke arahnya dan membuatkan dia hilang tumpuan untuk menunggang motosikalnya. Dia memberhentikan motosikalnya di tepi jalanraya.

"Eh, ada seseorang di sana... Ya ampun, waktu udah menunjukkan pukul 12 tengah mlm, gak ada bas mahupun taksi lagian..." ujar Shariff kehairanan sambil melihat jap G-Shock di tangan kirinya.
Dengan tanpa berfikir, Shariff menghidupkan enjin dan ingin meneruskan perjalanan. Tetapi, ada sesuatu yang pelik sedang berlaku...

Untuk pertama kalinya, dia mempunyai sifat kemanusiaan. Dia mengambil keputusan untuk berhenti dan bertanya seorang nenek tua yang berumur dalam lingkungan 75 tahun. Nenek itu membawa sebuah gayung air dan menjinjing segulung tikar pandan.

Buat pertama kalinya Shariff kasihan melihat orang tua kerana  dengan tiba-tiba dia sebak kerana teringatkan ibu bapanya di kampung. Sudah hampir setahun dia tidak menjumpai mereka. Tambahan pula nenek itu berwajah sedih dan dia pasti nenek itu diperlakukan dengan tidak wajar oleh anaknya. Sementelah itu, pada Shariff tiada apa-apa yang menakutkan dari segi fizikalnya. Nampak seperti seorang manusia normal.

"Bisa gak cucu hantar nenek ke rumah nenek cu?" tanya nenek itu.
"Bisa nek... tapi ngapain nenek disini malam-malam gini?? anak nenek dimana?" tanya Shariff.
Menurutkan nenek itu, anaknya telah pun berhijrah ke Malaysia akhir tahun lepas untuk sambung pengajian.
Tersentap Shariff kerana dia seakan-akan terasa yang adakah ini waktunya untuk dia berubah dan balik ke kampungnya.
"Mungkin Tuhan mahu aku berubah" ujarnya di dalam hati. Tanpa berfikir panjang dia terus mempelawa nenek untuk naik ke motorsikalnya.

Mereka pun meneruskan perjalanan. Dalam perjalanan itu, Shariff terdetik untuk bertanya kenapa nenek itu membawa gayung dan tikar pandan itu.
"Gayung ini khusus untuk memandikan cucu..." jawab nenek itu.
Terkejut mendengar jawapan nenek itu. Tetapi dia sekadar menganggap itu jawapan nenek dalam nada gurauan.
"Terus, tikar pandan itu pula?" tanya Shariff.
Nenek tidak menjawab malahan dia ketawa kecil. Shariff merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Tetapi dia hanya ingin bersangka baik kerana sudah cukup baginya apa yang dilakukan terhadap orang tuanya di kampung.

"Terima kasih cucu....." kata nenek itu sambil melambai-lambai Shariff menggunakan gayung setelah sampai ke sebuah pondok kecil. Shariff cuma membalas lambaian itu sambil meneruskan perjalanan ke kilangnya.
............................................................................................................................

"Ngapain sama muka kamu Shariff????!! kamu terjatuh ke dalam bendang ya?" tanya supervisor.
"Eh, gak la pak. Aku gak terjatuh ke mana-mana... Mana kotornya? mana?" sambil berjalan-jalan ke arah cermin.
"Waduhh ! ngapa sih bisa jadi gini ?!" sambil terkejut melihat mukanya seperti dilumur dengan lumpur sawah.
Dengan cepat dia mencuci mukanya dan semuanya kembali normal.

Tepat jam 3:30 pagi, dia pulang ke rumah sewanya. Dengan tidak mencuci kaki dan mandi, dia terus menghempaskan diri ke atas tilam. Dia merasakan satu beban keletihan yang amat sekali malam itu.
Dia pun terlelap.....

TOK ! tokk ! tOKk ! Tokkk !!
"AhHH !!" kejut Shariff dari tidurnya. Melihat jam di tangannya baru menunjukkan pukul 4 pagi.
"Siapa sih ah yang mengetuk pintu jendela malam-malam gini.. mau tidur digangguin .." bentak Shariff dalam hati.

Dengan hati yang marah, dia terus membuka pintu.
"Nenek??! Apa nenek buat di sini nek? " tanya Shariff kehairanan.
"Nenek datang mahu memandikan kamu Shariff" nenek menjawab. "dan menjawab pertanyaan kamu berkaitan tikar pandan ini..." nenek menyambung.

"Ya udah, tapi ngapain sekarang nenek??" tanya Shariff lagi sambil memerhatikan nenek menebarkan tikar pandan di ruangan depang pintu rumahnya.
"Badingan kamu lihat rupa kamu di cermin sekarang..." kata nenek tua itu.
"HAHh !! ngapain rupa ku kotor lagi !" jerit Shariff dan merasakan sesuatu yang tidak kena sedang berlaku.

Dengan pantas die meluru ke pintu untuk menutup pintunya. Di saat dia menyentuh pintu itu, langkahnya menjadi lemah dan terjatuh ke atas tikar pandan nenek tua itu.

"HihiHIHIHihIHihHihIIHIIhiiiiiii...." nenek tua itu mengilai dengan nyaring.
.....................................................................................................................

Keesokan harinya, jiran-jiran Sharif terkejut dengan penemuan mayat Shariff di atas sebuah tikar pandan dan dilumuri dengan darah......
Sehingga kini misteri kematian Sharif masih belum terungkai dan ibubapanya di kampung masih setia menunggu kepulangan anak tunggal kesayangannya....




Monday, June 11, 2012

Orang Malaysia Di Mata Dunia

Hai Salam semua. Good Afternoon...
Walaupun dah tengahari, tapi still rasa macam pagi... 
maybe sebab pagi iSNIN kan... pagi iSNIN ni kalau xde jam randik, eh jam loceng,
nescaya x bangun gi kerja la.... therefore,mood skrg ni mood blur....

OKAY GUYS ! yO ! Yo! yo !! bangun2 !! jgn letih2 lagi ! 
mari kita buat senamrobik ala kpop pada tengahari yang terik ni...
Three ! Two ! One ! START !!!

yeah ! camne kwn2? hilang mengantuk tu? 
Goood....
harap2 korg boleh buat senamrobik setiap pagi atau 3 kali seminggu ke.
Bukan ape, utk jaga kesihatan. kalau kita x jaga kesihatan kita, sape lagi nak 
tolong jagakan kesihatan kita kan? 

Malaysia ni adalah antara negara yang paling byk penyakit yg berpunca dr makanan.
Mana taknye... kita kan berbilang kaum. MELAYU, CINA, INDIA dan byk lagi. 
Jadi, banyakla makanan yg ada di negara tercinta ni....
tp, jgn salah faham. bukan sebab makanan shj,
sebab yg paling penting adelah, 
TIDAK BERSENAM

Rakyat negara ini malas bersenam. 
Kalau pagi2 cuma dapat lihat beberapa kerat je yg pergi berjoging.
Ptg2 pon sama.
Jangan kasi alasan xde masa. 
Sebabnye i always meet one muscular,male doctor yg rajin berjoging setiap petang.
die pun berkerja di salah sebuah hospital kerajaan di Selangor tapi still ada masa 
untuk berjoging. 
Walaubagaimanapun, skrg ni dah ramai Malaysians yg pegi joging berbanding few years ago.
Ini boleh gakla dibanggakan :P

Last but not least, sy cadangkan satu lagi cara untuk menjaga kesihatan tubuh tanpa perlu 
mengeluarkan ongkos walau sedikitpun..
iaitu dgn BERPUASA ! yeahh !
Berpuasa secara saintifiknya boleh membuang toksid badan yg berpunca dari makanan yg kita
makan.. contohnya hasil cernaan makanan berprotein... jika kita makan makanan yg 
kaya protein dgn berlebihan, organ hati kita akan letih dan terseksa utk mencernakannya. 
Jadi, dengan berpuasa, kita dpt merehatkan organ2 badan yg selama ini bersusah payah
'berkerja' untuk kita....
Selain itu, seperti alatan elektronik juga, organ2 dalaman kita juga perlu dikalibrasi (calibrate) 
untuk fungsi  yg optimum. huhu

okay la kawan2... setakat ini sajalah coretan sy.
Majulah SUKAN utk NEGARA dan DIRI SENDIRI ! 
Sayangi tubuh anda sebelum tubuh anda disayangi. OPSs :P

Sunday, June 10, 2012

Cinderella Man Episod 10 [1/5]

Selamat Petang semua....
Petang-petang Ahad yg hening camni cume mood nak tonton drama Korea jela.
Actually dah start tonton Korean drama last month.. Start dgn Cinderella Man,
then Fashion King... then HATE TO LOSE !
Jadi kat bwh ni just nak share drama Cinderella Man episod ke 10. 
SiNOPSiS
Kisah seorang lelaki kaya (Lee Joon Hee) yang bertukar kehidupan dengan seorang lelaki yang kelihatan serupa dengan seorang lelaki lain yang miskin (Oh Dae San). Seo Yoo Jin adalah gadis yang belajar di sekolah rekaan fesyen di Paris tetapi kembali ke Korea selepas hidupnya tunggang-terbalik apabila bapanya meninggal dunia.
Barisan pelakon: Kwon Sang Woo; Im Yoon Ah Han Eun Jung; Song Chang Ui

Saturday, June 9, 2012

SNSD (Girls Generation)


Ini adalah satu persembahan kumpulan KPOP dari Korea Selatan, SNSD ataupun Girls Generation.
Kumpulan ini tediri daripada 9 orang gadis Korea Selatan yang berbakat BESOR dan berperwatakan menarik.
Iaitu Yoona, Yuri, Seohyun, Sunny, Hyoyeun, Sooyoung, Jessica, Tiffany dan si putih gebu, Taeyon...

Antara lagu2 hits kumpulan ni adelah GEE, HOOT, OH, RUN DEVIL RUN(RDR) dan yg terbaru THE BOYS. Kumpulan ini dinaung oleh S.M. Entertainment.

Itulah sedikit sebanyak pasal kumpulan kPOP ni... next time maybe sy akan update pasal kumpulan kpop yang lain plaks k.

TATA

andai ku bercinta lagi.... satu hari nanti..... wowowowowooo.....
tau x apa lagu tadi? tadi nyanyi lagu MOJO..
petang2 cmni mood serba berkecamuk. happy ade. ngantuk ade. sebak ade.

ops, lupe nak bagi salam setelah setahun x update blog.
Assalamualaikum...... ape kabar disane? kite disini baik2 cajew(gedix)
pejam celik pejam celik dah 12 bulan tak update blog. pasal busy sangat... 

plus xde idea yg best. hehe...
rindu nk buat blogwalking...
rinduu... rindu serindu rindunyaaaaaaaa~ namun engkau x mengerti .. wowowowooooo~
lagu ape td kwn2? cer teka cer teka....
(tik tok tik tok)
hishh da bagi mase pon x dpt kasi jwpn lg?
jwpnnye kumpulan SPOON.. lagu die best tau.. lagi2 la bile sy yg nyanyikannye..(prasan)





OK now it's the right time for me to set it straight to the point...
between you and me, there is no any special anymore.....
-TIBE TIBE JE NAK MOOD CLASH-



actually tade idea nak publish latest post, tp saje2 nk panaskan jari jemari serta akal yg dah tumpul
ni jadi terpakselah menghasilkan satu post yg mcm gile. hehe

nantikanlah single terbaru saya ya. sy akan nyanyikan lagu berunsurkan kpop.. thanks... hahaha
sebenarnye sy ni minat sgt ngan mak jemah. sape x kenal mak jemah???
sape x kenal tu memang bkn dari tanah melayu la kot. maybe dari tanah berasid...


k guys, sehingga berjumpa lagi. sayonara ! muahhh